Page 71 - NOOR FARAHIN BINTI ASHARI D20201093962 BUKU LOG KRS
P. 71

2.2.6 ORIEENTERING




                   Jenis-jenis orieentering

                   1. Orieentering merentas desa

                   Objektif orienteering jenis ini diadakan adalah untuk menguji kepantasan mental dan

                   fizikal dalam menentukan haluan terbaik menuju ke stesen semasa merentasi haluan
                   yang dilalui dengan berpandukan peta dan kompas.

                   Aktiviti orienteering jenis ini dikendalikan oleh penyelaras yang akan menentukan
                   haluan yang sesuai dengan adanya beberapa penanda tempat yang sedia ada atau yang

                   direka oleh manusia.
                   Peserta akan memilih 5 hingga 12 tempat yang berbeza aras kesukaran dan

                   kedudukannya, sebagai contoh pada ketinggian 300 – 1500 kaki atau 100 – 500

                   meter,membentuk bulatan sebesar 1.5 -2.5 batu panjang atau 2.5 -4 km bagi peserta
                   yang lebih muda dan peserta yang pertama kali menyertai aktiviti ini dan 8-10 batu

                   atau 12 – 16 km bagi peserta elit.



                   2. Orienteering Bermarkah atau Score Orienteering.



                   Orientering Bermarkah berbeza dengan Orieteering Merentas Desa kerana kedudukan
                   stesen terletak secara rawak dan peserta tidak perlu melalui setiap stesen mengikut

                   urutan atau susunan dalam peta. Setiap stesen diberikan nilai skor tertentu. Stesen
                   yang jauh atau yang paling sukar ditemui diberi skor tertinggi iaitu 30 – 50 markah

                   atau mata manakala stesen yang terdekat dengan kawasan permulaan atau yang

                   mudah ditemui diberi mata atau markah 5 – 20 mata.


                   - Kedudukan stesen-stesen adalah tidak disusun dalam kedudukan teratur,setengah

                   stesen boleh dilalui secara rawak.

                   - Stesen-stesen terletak dalam lingkungan 1 batu daripada kawasan permulaan dan

                   penamat atau lebih kurang 3 batu persegi.
                   Setiap peserta berusaha untuk mendapatkan skor tertinggi dalam masa yang

                   diperuntukkan.
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76