Page 72 - PDKU pdf
P. 72
PEJABAT DAERAH KULAI
RESTORAN TERBAIK DAERAH KULAI
NASI LEMAK WAK KENTUT
Namanya mungkin kedengaran lucu
tetapi percayalah yang ia amat terkenal kerana
nasi lemaknya yang sedap tau! Nasi Lemak
Wak Kentut bukan sahaja dikenali di kalangan
rakyat tempatan, malah mereka yang datang
dari negara jiran seperti Singapura juga
mengenali tempat ini.
Mereka menyediakan nasi lemak biasa,
nasi lemak bersama telur goreng dan juga nasi
lemak dengan tambahan ayam goreng pada
harga bermula RM1.50 sahaja. Nasi tambahan
juga boleh dipesan mengikut kemahuan
pelanggan.
Menurut ramai pelanggan, nasi lemak
di sini betul-betul cukup rasa, setanding dengan beberapa tempat yang lain. Ayam
gorengnya pula digoreng rangup bersama rempah yang menambah kelazatan bila
digandingkan dengan nasinya, sedapnya!
Alamat: 2130, Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Besar, 81000 Kulai
Waktu Operasi: Setiap hari, bermula dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam
72
KULAI KESAYANGAN KITA

