Page 11 - JADUAL IBADAH HARIAN DI MAKKAH DAN MADINAH (1) (1)
P. 11
5. Pembuka rezeki atau kekayaan.
- Membaca Selawat Al-Fatih – 100 kali
Ertinya ; “Ya Allah! Rahmatilah ke atas penghulu kami Muhammad
SAW yang membuka apa yang tertutup/terkunci dan penyudah bagi
kami yang telah lalu dan menolong kebenaran dengan kebenaran dan
yang menunjukkan jalanMu yang lurus dan di atas ahlinya dan
sahabatnya yang mempunyai nilai dan kedudukan yang tinggi lagi
agung”.
Fadhilat membaca selawat Al-Fatih;
1. Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, Allah akan mengampunkan dosa-
dosa kecil dan aman tenteram jiwanya.
2. Dibaca 21 kali setiap hari, luas rezeki dan keluarganya selamat dari
kesusahan.
3. Sesiapa beristiqamah berselawat Fatih 40 hari, dosanya akan diampuni
Allah.
4. Sesiapa mengamalkan dengan istiqamah, nescaya akan terbuka
rahsia keajaiban, menghilangkan dukacita, mendapat hidayah dan
tercapai segala hajat. Dan akan menjadi ahli syurga, walaupun hanya
membaca sekali seumur hidup.
~ 11 ~

