Page 23 - JADUAL IBADAH HARIAN DI MAKKAH DAN MADINAH (1) (1)
P. 23
AMALAN PADA 10,11,12,13 ZULHIJJAH ( HARI MELONTAR
JAMRAH DI MINA )
- Selesai melontar jamrah kubra pada 10 Zulhijjah( jemaah Malaysia
melontar selepas isyak) membaca Al-Quran dan berzikir.
- Bangun jam 2.00 pagi dan membersihkan diri, mandi dan
berwudhuk.
- Bangun jam 3.00 pagi untuk bertahajjud dan seterusnya solat
subuh.
- Siangnya membaca Al-Quran ( sebaiknya dapat khatam Al-Quran
sepanjang berada di Mina)
- Melontar ketiga-tiga jamrah pada waktu malam selepas solat
isyak.
(selama hari melontar)
- Setiap kali sebelum bergerak untuk pergi melontar berdoalah,
“ Ya Allah, permudahkanlah perjalananku untuk melontar
pada hari ini, jagalah keselamatanku dan sempurnakanlah
ibadahku. Kurniakan aku haji mabrur dan masukkan aku ke
syurga Mu tanpa hisab.”
- Berzikir sebanyak-banyaknya.
~ 23 ~

