Page 38 - BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 SMKPP9(2)
P. 38
LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG 2019 DAN 2020
LAPORAN PEMERIKSA KIRA-KIRA MENGENAI PENYATA PENERIMAAN DAN
PEMBAYARAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
PUTRAJAYA PRESINT 9(2) BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2019 DAN
31 DISEMBER 2020
Kami telah mengaudit penyata penerimaan dan pembayaran Persatuan Ibubapa dan Guru
Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) bagi tahun kewangan berakhir 31
Disember 2019 dan 31 Disember 2020. Penyediaan penyata kewangan tersebut adalah
tanggungjawab Ahli jawatankuasa Persatuan. Tanggungjawab kami adalah untuk menyatakan
pendapat mengenai penyata penerimaan dan pembayaran Peraturan 10, Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Persatuan Ibubapa dan Guru) 1998 dan tidak untuk tujuan selainnya. Kami tidak
bertanggungjawab terhadap pihak-pihak lain untuk kandungan laporan ini.
Kami melaksanakan audit mengikut Piawaian Pengauditan yang diluluskan di Malaysia.
Piawaian tersebut memerlukan kami merancang dan melaksanakan audit untuk mencapai
kepastian munasabah mengenai sama ada penyata penerimaan dan pembayaran tersebut
bebas dari salah nyata yang ketara. Sesuatu audit merangkumi pemeriksaan, berdasarkan
ujian, bukti yang menyokong amaun dan pernyataan di dalam penyata kewangan. Sesuatu audit
juga merangkumi penilaian prinsip perakaunan yang digunakan dan anggaran penting yang
dibuat oleh para Ahli jawatan kuasa serta penilaian pembentangan penyata kewangan secara
keseluruhannya. Kami percaya bahawa audit kami telah memberi asas munasabah untuk
menyatakan pendapat kami.
Pada pendapat kami:
a) Penyata penerimaan dan pembayaran yang telah disusun dengan wajar dan menurut
Piawaian Perakaunan berkenaan yang diluluskan di Malaysia dan;
b) Rekod perakaunan dan rekod-rekod lain serta daftar-daftar yang dikehendaki oleh
Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibubapa – Guru) 1998 telah
disimpan dengan wajar bersesuaian dengan peruntukan tersebut
37

