Page 2 - PROGRAM IHYA' RAMADHAN SMKPP9(2) 2021
P. 2

Panitia Pendidikan Islam dengan Kerjasama Badan Dakwah IBWS ingin
            mempelawa seluruh warga sekolah SMKPP9(2) untuk menyertai pelbagai
            Program      Ihya’ Ramadhan         yang akan        diadakan      sepanjang      bulan
            Ramadhan.
                                                                                 MATLAMAT

             Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di sekolah
             agar penghayatan Ramadhan dapat meningkatkan lagi keutuhan
             sahsiah peribadi dan kredibiliti warga sekolah supaya cita-cita melahirkan

             generasi khaira ummah tercapai.

            OBJEKTIF

            ❖ Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang unggul dan
                mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam, khususnya
                di bulan Ramadhan al-Mubarak Ini.
            ❖ Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal
                ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara
                jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan
                ukhrawi.
            ❖ Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan
                kesihatan dalam kalangan warga sekolah serta turut sama bersimpati

                memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.
            ❖ Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman
                dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran
                beramal sepanjang bulan Ramadhan.
            ❖ Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah Islamiah antara warga
                sekolah dengan masyarakat setempat dan para ibu bapa murid.
   1   2   3   4   5   6   7