Page 195 - BUKU TEKS SAINS TAHUN 6
P. 195
Saiz Sistem Suria di dalam Galaksi Bima Sakti
Berapakah besar saiz Sistem Suria di dalam galaksi Bima Sakti?
Mari kita menggambarkan
saiz Sistem Suria sebesar
diameter sebatang pensel.
Pensel ini, cikgu?
Ya, Alia. Lihat perbandingan
saiz Sistem Suria dan galaksi
Bima Sakti seperti yang
ditunjukkan dalam gambar
di bawah.
Saiz Sistem Suria
diandaikan sebesar
diameter sebatang pensel. Saiz galaksi Bima Sakti
diandaikan sebesar kawasan
Melalui perbandingan ini, padang sekolah.
didapati bahawa saiz galaksi
Bima Sakti adalah sangat
besar sehingga boleh meliputi Wah, besarnya
seluruh kawasan padang galaksi Bima Sakti!
sekolah sekiranya saiz Sistem
Suria adalah sebesar diameter
sebatang pensel.
Berdasarkan perbandingan di atas, apakah rumusan kamu mengenai saiz
Sistem Suria di dalam galaksi Bima Sakti?
Simulasi di atas tidak menunjukkan perkadaran saiz yang
11.1.4 sebenar tetapi untuk memudahkan pemahaman murid.
187

