Page 207 - BUKU TEKS SAINS TAHUN 6
P. 207
Kekuatan Objek dan Binaan
Chua dan ayahnya baru selesai membina sangkar arnab.
Apakah yang
Ayah, mengapakah dimaksudkan dengan
kita menggunakan kekuatan objek
batang besi untuk dan binaan?
membuat tiang
sangkar arnab ini?
Kita menggunakan
batang besi supaya
struktur sangkar lebih
kuat dan tahan lama.
Kekuatan objek dan binaan ialah keupayaan objek dan binaan untuk
menampung daya yang akan merosakkan atau menukarkan bentuk
struktur objek dan binaan tersebut.
Apakah jenis bahan yang digunakan bagi
menjamin kekuatan struktur binaan?
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kekuatan
Objek dan Binaan
Binaan seperti bangunan dibina dengan menggunakan pelbagai jenis bahan
seperti konkrit, besi, plastik dan kayu bagi menjamin kekuatan struktur binaan
tersebut. Bahan yang berbeza mempunyai kekuatan yang berbeza.
Konkrit ialah bahan
yang sangat kuat,
Plastik ialah bahan tidak terbakar, tidak
yang ringan berkarat dan tidak
dan mudah dibentuk. mereput.
Kayu mempunyai
sifat teguh, keras
dan mudah dipotong
Besi ialah logam yang mengikut saiz.
kuat dan tahan lasak.
12.1.1,
12.1.2 199

