Page 6 - PENGURUSAN PENTADBIRAN 2020
P. 6

Sekapur Sireh





                                                                  Pengetua

             Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.

             Salam sejahtera.

                    Alhamdulillah dengan limpah rahmat  dan nikmat-Nya dapatlah kita
             semua  meneruskan  perjuangan  bagi  menggalas  tanggungjawab  sebagai
             warga pendidik yang mampu bergerak selari dan seiring dengan  era dunia
             Globalisasi tanpa sempadan.

                    Era kepesatan  modenisasi sistem pendidikan Malaysia yang  selaras
             dengan  kemajuan  pendiidikan    global  menuntut  pengorbanan  besar  para  pendidik  agar  lebih  prihatin,
             mempunyai  daya  juang  dan  daya  saing  yang  utuh  seiring  dengan  perubahan  generasi  baru  yang  menuntut
             transformasi pendidikan selaras dengan keperluan masyarakat dan dunia global masa kini. Anjakan paradigma
             warga  pendidik  merupakan  jawapan  professional      kerana  guru  merupakan        individu    yang  mempunyai
             kepentingan diri sebagai penggerak utama dalam mencapai perubahan demi kecemerlangan pendidikan negara.
             Para guru juga seharusnya tidak lupa untuk meneruskan agenda menyatukan hubungan etnik, perpaduan dan
             intergrasi di sekolah bagi mewujudkan kestabilan sosial  dalam kalangan  murid SMKBBSL yang terdiri daripada
             pelbagai kaum.

                    Rakaman penghargaan yang tidak terhingga dan tahniah  juga buat semua jawatankuasa yang terlibat
             dalam usaha merealisasikan Buku Pengurusan 2020. Sebagai pemimpin sekolah, saya menyeru agar semua guru
             dapat  memanfaatkan  dan  menjadikan  bahan  ini  sebagai  panduan  bagi  memantapkan  pengurusan  dan  kerja
             buat  guru  sepanjang  sesi  2020.  Usaha  murni  dan  kesepaduan  komitmen  dalam  tugas  tuan  puan  para  guru
             hanya Allah sahaja sebaik-baik penilai dan diberikan kita ganjaran yang sewajar oleh-Nya.
                    Oleh  itu,  betulkan  niat tetapkan  matlamat  dengan kata muafakat  membawa  berkat,  juga  betulkan
             yang biasa, biasakan yang betul demi perjuangan  menggapai Murid Hebat Guru Hebat Sekolah Hebat.

              Sekian, terima kasih.

             Wassalam.







             (ZAITUN BT IBRAHIM)
             Pengetua
             SMK Bandar Baru Sungai Long














                                                              v
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11