Page 180 - SK Tahun 6 Sains
P. 180

Melakar Gerhana



                Tujuan    Memahami fenomena gerhana melalui lakaran


                Alat dan  Pensel, pembaris, jangka lukis, pemadam
                Bahan      dan kertas lukisan


                Langkah-langkah

                1.  Lakukan aktiviti ini secara individu.
                2.  Buat lakaran pandangan sisi kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan
                   dengan garisan cahaya yang betul untuk fenomena gerhana Bulan.
                3.  Labelkan lakaran kamu.
                4.  Tandakan kedudukan Bulan pada lakaran kamu yang menunjukkan
                   kedudukan gerhana Bulan penuh dan gerhana Bulan separa akan
                   berlaku.
                5.  Tandakan pada lakaran kamu arah peredaran Bumi mengelilingi
                   Matahari, peredaran Bulan mengelilingi Bumi dan arah putaran Bumi
                   pada paksinya.
                6.  Ulang langkah 2 hingga 5 untuk fenomena gerhana Matahari.
                7.  Tambah maklumat dalam lakaran kamu tentang kesan fenomena
                   gerhana kepada kehidupan di Bumi.
                8.  Maklumat boleh diperoleh menerusi kemudahan Internet melalui enjin
                   carian seperti Google dan Yahoo.
                9.  Persembahkan hasil lakaran kamu di dalam kelas.



                 1.  Berdasarkan kepada lakaran kamu, nyatakan peringkat-peringkat gerhana
                     yang berlaku mengikut urutan yang betul.
                 2.  Mengapakah fenomena gerhana Bulan tidak berlaku pada waktu siang?
                 3.  Apakah ciri yang membezakan gerhana Bulan dan gerhana Matahari?






                 Antara bentuk berikut, yang manakah
                 menunjukkan gerhana Matahari penuh?
                                                                   P         Q         R         S



                                       #GURU
                       10.1.1                  Bahan lain yang boleh digunakan untuk membuat lakaran
               172     10.1.2                  bulatan ialah duit syiling.
                       10.1.3
   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185