Page 54 - SK Tahun 6 Sains
P. 54

Memburu Bakteria


                Tujuan     Mengenal pasti tempat yang banyak mengandungi bakteria


                           5 piring petri bertutup, plastik berzip, putik kapas, pen penanda,
                Alat dan
                Bahan      sarung tangan pakai buang, 100 ml air panas dan 100 g serbuk
                           agar-agar


                Langkah-langkah

                1.  Campurkan serbuk agar-agar dengan air
                   panas. Kacau sehingga serbuk agar-agar
                   larut.
                2.  Tuangkan larutan agar-agar ke dalam
                   5 piring petri, tutup dan biarkan sejuk.
                3.  Pakai sarung tangan dan calitkan 4 putik
                   kapas pada setiap lokasi yang berlainan.
                   Contoh lokasi ialah longkang, dinding,
                   pasu, pokok dan lain-lain. Masukkan putik
                   kapas tersebut ke dalam plastik berzip dan          #TIP
                   labelkan.
                4.  Calitkan setiap putik kapas tadi ke atas           Rendam piring petri
                                                                       di dalam air panas selama
                   permukaan agar-agar di dalam piring petri.          5 minit untuk membasmi
                5.  Tutup piring petri, labelkan dan simpan               mikroorganisma.
                   di dalam suhu bilik.
                6.  Biarkan 1 piring petri tanpa sebarang calitan.
                   Piring petri ini ialah kawalan eksperimen.                   #
                7.  Rekodkan pemerhatian setiap hari selama                      Cuci tangan dengan
                   seminggu.                                            bersih setelah selesai
                8.  Laporkan pemerhatian kamu di hadapan                menjalankan aktiviti.
                   kelas.



                    Agar-agar yang manakah mengalami pertumbuhan mikroorganisma paling
                    banyak? Mengapa?



                          #GURU
                                  •  Guru boleh menyediakan agar-agar sebelum aktiviti dijalankan.
                                  •  Guru boleh juga menggunakan bekas kaca atau plastik bertutup yang
                                    bersesuaian.
               46
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59