Page 156 - SK Tahun 1 Bahasa Melayu
P. 156

Membaca
                                                 Membuat Pilihan





































                  Aimi dan ibunya pergi ke pasar raya. Aimi hendak membeli buku
                  latihan. Di sebelah rak buku, terdapat bekas minuman yang
                  berwarna-warni.
                     “Wah, cantiknya bekas air ini!” kata Aimi di dalam hatinya.
                  Dia pun membelek-belek bekas air itu.

                     “Kalau suka, belilah,” Kata ibu Aimi yang memerhatikannya
                  sejak tadi.  “Tapi... bekas air saya masih elok, ibu. Membazir
                  sahaja kalau saya membeli bekas ini,” jawab Aimi.
                     “Lagi pun saya memang hendak membeli buku latihan
                  sahaja,” kata Aimi sambil meletakkan bekas air itu semula di
                  tempat asalnya.


                  Aktiviti

                  Menceritakan kandungan teks dengan menggunakan aksi
                  yang sesuai.


                                •  Minta murid membaca dan memahami petikan teks.                        2.3.2
                                •  Bimbing murid menceritakan kandungan teks dengan menggunakan aksi yang sesuai.  BA: 78
                                KB – Membuat keputusan                      KP – Kinestetik
                                EMK: Nilai Murni – Rasional
                                                             148
                                                             148
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161