Page 44 - SK Tahun 1 Bahasa Melayu
P. 44
Kata Kerja
TATABAHASA
Hargai Buku
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman
Muhibah telah mengadakan aktiviti membalut buku teks. Ibu
bapa, guru dan murid bersama-sama membalut buku di stor
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sekolah.
1 2
asing ukur
Mula-mula, mereka mengasingkan Kemudian, mereka mengukur
buku yang belum berbalut. saiz pembalut plastik.
3 4
gunting balut
Selepas itu, mereka menggunting Akhir sekali, mereka
pembalut plastik itu. buku-buku itu.
Bijak Bahasa:
Kata kerja ialah kata yang
menyatakan perbuatan.
Aktiviti Kata ini biasa ditandai oleh
imbuhan seperti meN- dan
meN-...-kan.
Memahami dan menggunakan kata kerja Contoh: melihat, membaca,
menjahit, memberikan dan
dengan betulnya. lain-lain.
• Bimbing murid melengkapkan cerita dengan menggunakan kata kerja aktif transitif. 5.1.2 (i)
BA: 41-42
KB – Menjanakan idea Pembelajaran Kontekstual
EMK: Nilai Murni – Kerjasama
36

