Page 67 - SK Tahun 1 Bahasa Melayu
P. 67

TEMA  KESELAMATAN
                                4


                                           Utamakan Keselamatan











                                Kita Pasti Selamat


                     Bunga seroja di atas peti,

                        Putih berseri idaman dara;
                     Buat kerja berhati-hati,

                        Supaya diri tidak tercedera.




                     Hendak membelah kayu meranti,
                        Membuat titi di Kampung Rasa;

                     Peraturan sekolah harus diikuti,

                        Belajar nanti tenang selesa.




                     Dari Inderagiri ke Pulau Paya,
                         Bawa cermat kayu cendana;

                     Waspada diri di jalan raya,

                         Pasti selamat di mana-mana.











                    Aktiviti
                    Melafazkan pantun dan berbual berdasarkan gambar.





                                                             59
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72