Page 83 - SK Tahun 1 Bahasa Melayu
P. 83
Penilaian 4
A. Baca cerita dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Kemudian, tuturkan cara-cara menggunakan cerek
elektrik.
Aku Cerek Elektrik
Aku sebuah cerek elektrik. Aku digunakan untuk menjerang
air. Aku boleh mencederakan jika tidak digunakan dengan
betulnya.
Begini caranya. Mula-mula, buka penutup badanku.
Isikan air ke dalam tubuhku mengikut sukatan. Kemudian,
tutup semula tudungku.
Selepas itu, pasangkan soket pada palam elektrik. Tekan
suis elektrik dan suis badanku. Beberapa minit kemudian,
badanku akan panas. Air akan mendidih.
Gunakanlah aku dengan cermat agar tidak mendatangkan
kecederaan kepada sesiapa.
B. Tuliskan ayat yang diimlakkan oleh guru berdasarkan
teks di atas.
C. Lengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.
1 . Guru disiplin sedang memberikan taklimat ___________
murid-murid. (daripada / kepada)
2. Murid-murid tidak dibenarkan masuk _____________ bilik
guru tanpa kebenaran. (ke / di)
3. Di _______________ tempat melintas yang selamat?
(bilakah / manakah)
4. Dilarang melintas di _____________ bas yang sedang
berhenti. (hadapan / belakang)
75

