Page 52 - SK Tahun 6 Reka Bentuk dan Teknologi
P. 52
Kenali Hidroponik
Izat, kita telah mempelajari kaedah penanaman
medium campuran. Apakah pula kaedah yang
akan kita pelajari tahun ini?
Cikgu kata tahun ini kita akan
belajar penanaman menggunakan
kaedah hidroponik.
Bagaimanakah cara menanam pokok
menggunakan kaedah hidroponik, Izat?
Saya masih ingat perbualan dengan ayah yang
menyatakan hidroponik ialah kaedah penanaman yang
menggunakan air sebagai medium. Kita boleh menanam
sayuran berdaun, sayuran berbuah, tanaman hiasan
berbunga serta ulam-ulaman dan herba.
Oh, begitu! Pelbagai cara boleh
digunakan untuk menanam
tumbuhan, ya.
Kumpulkan maklumat tentang sejarah hidroponik melalui pelbagai
sumber. Sediakan slaid menggunakan perisian MS PowerPoint.
Persembahkan hasil dapatan kamu kepada rakan sekelas.
NOTA GURU
5.2.1 • Minta murid menamakan sayuran berdaun, sayuran berbuah, tanaman hiasan berbunga
serta ulam-ulaman dan herba yang terdapat di persekitaran mereka.
• Beritahu murid bahawa larutan nutrien merupakan sumber makanan untuk tanaman.
44

