Page 105 - SK Tahun 2 Pendidikan Kesenian
P. 105
Glosari Seni Visual
arca karya seni tiga dimensi
bentuk mempunyai jisim, isi padu dan lebih
daripada satu permukaan
catan penghasilan imej 2D menggunakan
media basah
cetakan proses penerapan imej yang serupa
dengan menggunakan blok tertentu
corak rupa yang sama yang diulang-ulang
susunannya
gasing sejenis alat permainan tradisional yang
berputar pada paksinya
geometri mempunyai sempadan yang tepat
dan bersudut
lipatan dan proses melipat dan menggunting bahan
guntingan mengikut corak dan hasilnya ditampal
di atas kertas yang lain
lukisan penghasilan imej 2D menggunakan
media kering
organik sifatnya bebas dan tiada sudut
resis proses menghasilkan karya melalui kaedah
penolakan cat air terhadap bahan
berasaskan minyak
stabail arca yang dibina di atas tapak tetap
dan kukuh
tembikar hasil kraf tangan yang menggunakan tanah
liat yang dibakar
topeng penutup bahagian di sekeliling mata,
muka atau keseluruhan kepala
warna asas warna utama, iaitu merah, biru dan kuning
97

