Page 12 - SK Tahun 5 Reka Bentuk dan Teknologi
P. 12
KENALI MATA JAHITAN
Mata jahitan tangan mempunyai pelbagai jenis.
Mata jahitan digunakan untuk mencantumkan
kepingan fabrik, membuat kemasan tepi fabrik dan
sebagai hiasan. Yang berikut ialah contoh mata
jahitan tangan:
Fabrik bermaksud kain
yang diperbuat daripada
Jahitan Kia benang yang ditenun.
Contoh fabrik ialah
Jahitan kia digunakan untuk memulakan
dan mematikan jahitan. Jahitan ini juga kapas, linen dan sutera.
digunakan sebagai jahitan tetap dan
menjahit bahagian kelim yang meretas
serta menggantikan jahitan mesin.
Jahitan Jelujur Halus
Jahitan jelujur halus digunakan sebagai
jahitan tetap. Jahitan jelujur halus
digunakan untuk membuat kedutan
atau sulaman pada fabrik. Jahitan ini
juga digunakan untuk membaiki kelepet
yang meretas.
Jahitan Jelujur Kasar
Jahitan jelujur kasar digunakan sebagai
jahitan sementara untuk menetapkan
kedudukan dua atau lebih fabrik
semasa menjahit.
JEJAK
TMK
Gunakan enjin carian untuk
Bolehkah fabrik digantikan mendapatkan maklumat tentang jenis
dengan bahan lain untuk mata jahitan yang boleh dihasilkan
dijadikan artikel jahitan? dengan jahitan tangan serta cara
Mengapa? menjahit mata jahitan yang dipelajari.
Tunjukkan contoh lain mata jahitan tangan kepada murid sebagai informasi
4 tambahan. 4.3.1
Terangkan bahagian kelepet dan kelim kepada murid.
Pastikan mata jahitan jelujur kasar ditanggalkan sebaik sahaja selesai menjahit mata
jahitan yang dikehendaki.

