Page 28 - SK Tahun 2 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
P. 28
Jaringan Emas
Cuba tendang bola yang digolekkan oleh rakan kamu
ke sasaran. Kamu boleh menendang bola menggunakan
bahagian dalam, luar dan kekura kaki.
PERAK GANGSA EMAS
4 MATA 3 MATA 5 MATA
Pastikan titik kontak pada
bahagian tengah bola untuk
tendangan leret yang tepat.
Titik kontak
Cara bermain:
• Bahagikan murid dalam kumpulan kecil.
• Seorang murid sebagai penggolek bola, pengutip bola dan yang lain sebagai penendang bola.
• Penggolek bola akan menggolek bola dan bergerak ke barisan penendang bola.
1.4.5, • Penendang bola akan menendang ke sasaran dan berlari untuk menggantikan pengutip bola.
2.3.2, • Pengutip bola akan membawa bola ke tempat penggolek bola.
20 2.3.3, • Ulang aktiviti sehingga semua ahli kumpulan selesai menendang.
5.4.2 • Kumpulan yang mendapat mata tertinggi ialah pemenang.

