Page 67 - SK Tahun 5 Matematik
P. 67

f   Bersempena dengan Hari Bendera St. John
                       Ambulans Malaysia, sebanyak 420 689 keping
                       pelekat diedarkan sama banyak kepada 97 buah
                       sekolah. Berapakah bilangan pelekat yang diterima
                       oleh sebuah sekolah?

                    g   Puan Ashwani mengisi sejumlah w keping coklat sama banyak
                       ke dalam 28 buah balang. Setiap balang berisi 60 keping coklat.
                       Apakah nilai w ?

                    h   Sebanyak 15 anak pokok betik ditanam dalam satu barisan.
                       Ada k barisan anak pokok betik. Jumlah anak pokok betik
                       ialah 180. Apakah nilai k ?


                     i                              David mengutip 54 biji durian
                                                    di kebunnya. 18 biji durian itu dimakan
                                                    oleh keluarganya. Baki durian diberikan

                                                    sama banyak kepada 6 orang jirannya.
                                                    Berapakah bilangan durian yang diterima
                                                    oleh setiap jirannya?

                     j   Di sebuah sekolah ada 1 450 orang murid
                       perempuan dan 917 orang murid lelaki.
                       Setiap murid diberikan 5 token permainan
                       bersempena dengan sambutan Hari Alam
                       Sekitar Sedunia. Berapakah jumlah token yang
                       diberikan kepada semua m urid sekolah itu?


                    k   Bella ada wang simpanan sebanyak RM4 530. Ayahnya
                       mengagihkan RM150 sama banyak kepada Bella dan 2 orang
                       adiknya. Berapakah jumlah wang Bella sekarang?

                     l   Jamily mengeluarkan RM1 200 daripada
                       akaun gajinya. Dia telah membelanjakan
                       RM450. Baki wang itu dimasukkan sama
                       banyak ke dalam 6 keping sampul untuk
                       bayaran kelas tuisyen anak-anaknya.
                       Berapakah nilai wang di dalam sekeping
                       sampul?



                              1.9.2   • Pelbagaikan aktiviti penyelesaian masalah seperti menyelesaikan   59
                              1.9.3
                                       soalan secara stesen dan Jalan Galeri (Gallery Walk).
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72