Page 93 - SK Tahun 6 Pendidikan Muzik
P. 93
6 Komposer Malaysia
Saiful Bahri ialah seorang
komposer dan penggubah lagu
ra - ku Ma - lay - sia Pa-da - mu ku -
patriotik dan lagu untuk filem.
Antara lagu-lagu patriotik ciptaannya
ialah Malaysia Berjaya, Kenangan
Masa, Fajar Harapan dan Semalam
di Malaya. Beliau yang dilahirkan
pada tahun 1924 pernah menjadi
Pengarah Muzik Filem Negara Malaysia.
Jimmy Boyle merupakan seorang pemuzik
jazz Malaysia yang berasal dari Pulau Pinang
dan dilahirkan pada tahun 1922. Lagu ciptaannya
telah mengiringi pengibaran bendera Malaysia
buat pertama kalinya pada 31 Ogos 1957. Antara
lagu beliau yang terkenal ialah Putra Putri,
Jauh-jauh, Sungai Pahang dan Bunga Negara.
Lagu gubahannya juga pernah dimainkan
pada peringkat antarabangsa melalui rancangan
radio BBC dan Voice of America.
Nota Guru
Bimbing murid berbincang tentang kedua-dua komposer di atas dari aspek hasil ciptaan
dan sumbangan mereka kepada negara Malaysia.
Kaitkan perbincangan dengan nilai patriotisme.
Layari Internet untuk mengetahui lebih lanjut tentang kedua-dua komposer di atas. Selain itu, galakkan murid
mendengar lagu Malaysia Berjaya dan lagu Putra Putri.
85

