Page 7 - SK Tahun 6 Matematik
P. 7
PENDAHULUAN
Penerbitan Buku Teks Matematik Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menjangkau
ke penghujung dengan terbitnya Buku Teks Matematik Tahun 6 ini. Penerbitan buku teks ini
bermatlamat meneruskan KSSR yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Penulisan buku ini menitikberatkan elemen-elemen yang terdapat dalam
cabaran abad ke-21, menggabungjalinkan Model Baru Ekonomi (MBE) dan memberikan tumpuan
kepada teori pembelajaran serta kaedah pentaksiran yang terkini. Tumpuan yang jitu diberikan
untuk membentuk modal insan yang holistik dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
serta sosiobudaya masyarakat Malaysia yang majmuk. Elemen merentas kurikulum (EMK), teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) serta keusahawanan yang menjadi nadi kepada pendidikan abad
ini diterapkan secara langsung dan tidak langsung dalam penulisan buku ini.
Buku teks Matematik Tahun 6 ini mengandungi 12 tajuk selari dengan kehendak Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran KSSR Matematik Tahun 6 yang digubal oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Penekanan kandungan buku
ini adalah terhadap konsep dan kemahiran matematik yang terkandung dalam Standard
Pembelajaran. Aktiviti pembelajaran disusun daripada aras mudah, sederhana dan tinggi untuk
membantu murid mengembangkan kemahiran berfikir mereka secara berperingkat bagi mencapai
tahap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Aktiviti KBAT disediakan dalam bahagian Cabar Minda
dan turut terangkum dalam aktiviti Selesaikan Masalah, soalan Mahir Minda dan Uji Diri. Buku ini
dilengkapi beberapa bahagian latihan, iaitu Latih Diri, Mahir Minda dan Uji Diri untuk membantu
murid membuat penilaian kendiri terhadap tahap penguasaan mereka dalam setiap kemahiran
yang telah dipelajari, selain daripada membantu guru melaksanakan penilaian terhadap murid
untuk mencapai standard prestasi yang dihasratkan. Soalan penaakulan diwujudkan melalui
maskot untuk menggalakkan murid berkomunikasi dan merealisasikan KBAT. Nota Guru menjadi
sumber kepada guru untuk melaksanakan pelbagai strategi pembelajaran dengan lebih kreatif
dan terancang.
Elemen tambahan yang mengoptimumkan fungsi pembelajaran disediakan dalam bahagian
Cas Minda, Kamus Pintar, Sekilas Fakta dan Bijak Kira. Alamat laman web yang dimuatkan
dalam buku teks ini adalah untuk diterokai oleh murid bagi menambah luas ilmu mereka melalui
media teknologi maklumat yang tiada batasan. Projek Bestari dan Teroka Ria disediakan agar
pembelajaran murid menjadi lebih menyeronokkan dan mesra pengguna. Persembahan buku
teks ini diolah supaya bahan yang digunakan turut menerapkan unsur perpaduan dan integrasi
nasional melalui watak murid pelbagai kaum, nama dan paparan semangat Malaysia. Paparan
watak kerjaya diharapkan dapat memberikan suntikan semangat kepada murid untuk menjadi
individu profesional yang bermanfaat kepada negara kelak.
Jurutera Doktor Hakim Jururawat Bomba Juruterbang Tentera Laut Angkasawan
7
6 ×
1
÷
3
+
2 4 v v
8
9
prelim.indd 5 9/14/15 10:33 AM

