Page 70 - SK Tahun 6 Pendidikan Kesihatan
P. 70

Bantu Mula Menyelamatkan Nyawa
                        Bantu Mula Menyelamatkan Nyawa
                        Bantu Mula Menyelamatkan Nyawa

               Bantu mula ialah rawatan atau bantuan awal yang diberikan kepada mangsa
               di tempat kejadian sebelum menerima rawatan selanjutnya. Tujuan bantu mula
               sebagai ikhtiar untuk menstabilkan keadaan mangsa bagi mengurangkan
               kesakitan dan mengelakkan keadaan mangsa menjadi bertambah serius. Kita
               memerlukan latihan khusus untuk mengaplikasi kemahiran bantu mula.
                      Jadual yang berikut menunjukkan empat contoh keadaan kamu boleh
               mengaplikasi asas bantu mula menggunakan peti pertolongan cemas.

                     Kes                   Item                        Asas Bantu Mula



                                                                •  Cuci luka dengan air bersih.
                 Rawatan luka                                   •  Bersihkan luka dengan antiseptik.
                 kecil                                          •  Tutup luka dengan plaster berubat.



                                                                •  Sejukkan kawasan yang cedera serta-
                 Rawatan                                          merta di bawah aliran air bersih.
                 melecur dan                                    •  Sapukan krim antiseptik pada bahagian
                 terbakar                                         yang melecur.
                                                                •  Jangan tutup bahagian yang melecur
                                                                  atau terbakar.

                                                                •  Hindari memasukkan sendi yang
                 Rawatan                                          terkehel ke tempat asal.
                 terseliuh dan                                  •  Sapukan krim analgesik.
                 terkehel
                                                                •  Ampu bahagian cedera untuk
                                                                  mengurangkan pergerakan.

                                                                 •  Letakkan pek ais segera yang dialas
                                                                   dengan kain atau tuala nipis pada
                 Rawatan                                           bahagian yang cedera.
                 kecederaan                                      •  Balutkan dengan kemas pada
                 otot
                                                                   bahagian yang cedera.


                          AKTIVITI


                   Apakah kes-kes kecemasan lain yang boleh dibantu dengan menggunakan item
                   peti pertolongan cemas asas?






                                                                                           3.3.2
                              •  Guru membantu murid melengkapkan peti pertolongan cemas asas
                                ciptaan sendiri.
                62
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75