Page 18 - SK Tahun 5 Bahasa Melayu
P. 18

Seni Bahasa
                                        Pasukan Kompang

           Penduduk Taman Seri Damai telah menubuhkan pasukan kompang.

           Mereka telah mendendangkan syair perkenalan kumpulan.







            Seri Mahsuri

           Seri Mahsuri nama diberi,
           Pasukan kompang sedia berperi,
           Lelaki wanita segak berdiri,

           Pakaian indah cantik berseri.

           Petanglah minggu terdengar tautan,
           Ilmu dicari si anak watan,

           Seragamkan bunyi lenggok sebutan,
           Cepat belajar berkat kesepakatan.

           Terus berkembang Seri Mahsuri,

           Irama baharu sentiasa dicari,
           Terima undangan berselang hari,
           Tiada rungutan ikhlaskan diri.
                                                                              Syair ini

           Hebatnya kompang tiada tandingan,                               mengisahkan
           Kini bukan lagi anganlah-angan,                                      ___.
           Paluan kompang kekuatan tangan,
           Kesatuan hati jadi gabungan.









                  Aktiviti
           Melafazkan dan melagukan syair                                                 IMBAS SAYA
           serta menyatakan idea keseluruhan syair.

                            • Bimbing murid melafazkan syair serta menyatakan idea keseluruhan syair.
                     Nota
                     Guru     Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik             KBAT: Menganalisis – Menerangkan
           10       4.2.1     EMK: Nilai Murni – Semangat Bermasyarakat
          KPM
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23