Page 47 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 1)
P. 47

Kata Kerja Aktif Transitif dan

                            Kata Kerja Pasif



                                           Berbakti kepada Jiran

                  Nek Temah jiran Hana. Pada suatu

                  hari, Nek Temah sakit. Oleh itu, Hana
                  dan ibunya memasak makanan

                  untuk Nek Temah.
                       Mula-mula, Hana memotong
                  sayur dengan pisau di dapur. Sayur

                  itu digoreng oleh ibu Hana.
                       Seterusnya, Hana memasak

                  bubur. Bubur itu disenduk oleh Hana
                  dengan cermatnya.
                       Selepas itu, bubur itu ... kepada

                  Nek Temah. Nek Temah ... kerana
                  berasa gembira.
                       Ibu Hana pula ...  pakaian

                  Nek Temah. Pakaian itu ... dengan
                  rapinya.
















                              mengemas             disusun             disuap             tersenyum

                           Aktiviti




                  Menggunakan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif untuk
                  membina ayat.

                    Nota Guru    •   Bimbing murid mengenal pasti kata kerja aktif transitif dan
                                    kata kerja pasif.                                     5.1.2
                                                                                          (i) & (ii)
                                 Strategi: KB- Menghubungkaitkan    Pembelajaran Kontekstual –        39
                                 EMK: Nilai Murni – Baik hati         Memahami dan menjelaskan
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52