Page 6 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 1)
P. 6

PENDAHULUAN


                    Pakej Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 Sekolah Kebangsaan (SK) kegunaan mulai tahun 2018
                    berdasarkan transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula.
                    Kurikulum ini diistilahkan sebagai KSSR (Semakan). KSSR (Semakan) Bahasa Melayu Tahun 2 SK ini
                    lebih menekankan penyataan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang perlu
                    diketahui dan mampu dilaksanakan oleh murid.
                        Bahan dalam pakej buku teks ini dipersembahkan dalam bentuk modular yang mengandungi
                    elemen pengetahuan, kemahiran bahasa, tatabahasa, nilai murni, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
                    (KBAT) dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Elemen tersebut mesti dikuasai oleh murid tahun
                    dua sekolah kebangsaan bagi meningkatkan dan memantapkan penguasaan kemahiran berbahasa.
                    Selain itu, mereka juga diharapkan mampu untuk menggunakan bahasa Melayu yang betul dan
                    berkesan dalam urusan harian.
                        Pakej Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 SK mengandungi dua komponen, iaitu Buku Teks
                    (BT) dan Buku Aktiviti (BA). BT dan BA mengandungi dua jilid, iaitu BT Jilid 1, BT Jilid 2, BA Jilid 1 dan
                    BA Jilid 2. Kandungan bahan dalam kedua-dua komponen ini dibina berdasarkan lapan tema.
                    Setiap tema mengandungi tiga unit yang menjadikan jumlahnya sebanyak 24 unit. Tema dan unit
                    yang dinyatakan dapat dilihat pada halaman kandungan. Tema tersebut diambil dan diubah suai
                    daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR (Semakan) Bahasa Melayu
                    Tahun 2 Sekolah Kebangsaan.
                        DSKP yang diterima pakai dalam KSSR (Semakan) ini amat menekankan penggabungjalinan
                    kemahiran bahasa, penyerapan ilmu dan penerapan nilai murni. Kemahiran bahasa seperti
                    Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Aspek Tatabahasa
                    dan Aspek Seni Bahasa digabungjalinkan bagi memantapkan penguasaan bahasa murid.
                        Ikon-ikon yang mewakili kemahiran dan aspek tersebut adalah seperti yang berikut:
                    PENERANGAN IKON BUKU TEKS
                                                                                    Unit   Unit Utama
                                                                                    20  Menunjukkan
                                                                                        permulaan unit utama.



             Tema
             Menunjukkan                                       Kemahiran
             permulaan                                         Mendengar
             tema.                                             dan Bertutur
                                                               Menunjukkan
                                                               fokus untuk
                                                               melahirkan
                                                               murid yang
                                                               dapat
                                                               berkomunikasi.


           Aktiviti
           Menunjukkan murid
           perlu melakukan
           aktiviti berdasarkan                                 KBAT
           kemahiran.                                           Menunjukkan Kemahiran
                                                                Berfikir Aras Tinggi.

                   iv iv
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11