Page 16 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 2)
P. 16
Seni Bahasa
Setianya Tentera Negaraku
Di mana dia tentera darat kita?
Tentera darat kita di dalam hutan rimba
Itulah dia tentera darat kita
Siap berjuang demi maruah bangsa
Can Mali Can
Can Mali Can
Can Mali Can ulang 2 kali
Ketipung payung
Di mana dia tentera udara kita?
Tentera udara kita di ruangan angkasa
Itulah dia tentera udara kita
Tekun berkawal tanpa fikirkan masa
Can Mali Can
Can Mali Can
ulang 2 kali
Can Mali Can
Ketipung payung
Di mana dia tentera laut kita?
Tentera laut kita di tengah samudera
Itulah dia tentera laut kita
Gagah pertahankan kedaulatan negara.
*Irama lagu “Can Mali Can”
Aktiviti
IMBAS SAYA
Menyanyikan lagu sambil melakukan aksi mengikut seni kata lagu.
Nota Guru • Bimbing murid menyanyikan lagu dengan sebutan yang betul dan
intonasi yang sesuai. 4.2.2 (ii)
10 Strategi: KB – Menilai KP: Muzik – Kinestetik BA2: 12
EMK: Nilai Murni – Sayang akan negara

