Page 23 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 2)
P. 23

Perkataan Berimbuhan Akhiran



                                                  Jiwa Patriotik


                  Elis:           Selamat pagi, Hasan. Sila amati gambar tokoh
                                  guru ini. Tolong tampalkannya dalam buku skrap.

                                  Pastikan gambarnya ditampalkan pada ruang
                                  yang berbentuk bulat itu.

                  Hasan:          Baiklah, Elis. Saya akan menampalkannya dalam
                                  bulatan ini.

                  Kok Bun:  Komala, kamu pula catat ___ maklumat tentang
                                  tokoh guru itu. Tahukah kamu akan biodata beliau?

                  Komala:   Saya tahu. Beliau amat saya hormat ___. Maklumat
                                  beliau saya dapat ___ daripada Internet. Nama

                                  beliau ialah Azizul Rahman bin Abdul Rahman.
                  Kok Bun:  Buku skrap kita sudah siap. Ibu saya telah

                                  menyediakan jamu ___ untuk kita. Mari kita
                                  nikmat ___ kuih-muih dan minum ___ ini.




                                                                             Tokoh Guru
                                                                             Kebangsaan 2016
                                                                             ‘Melahirkan banyak murid
                                                                             yang cemerlang’.
                                                                             Pendekatan dan kaedah
                                                                             pengajarannya terbaik.




                                                                        Info Bahasa

                                                                        Imbuhan akhiran ialah imbuhan
                                                                        yang  diletakkan  pada  akhir
                                                                        perkataan untuk membentuk
                           Aktiviti                                     kata nama dan kata kerja.
                                                                        Contoh: -kan, -i, dan -an.



                  Menggunakan imbuhan akhiran mengikut konteks.


                    Nota Guru    •   Bimbing murid mengenal pasti imbuhan akhiran berdasarkan teks.
                                 Strategi: KB – Mengenal pasti     Pembelajaran Konstruktivisme   5.2.1 (iv)
                                 EMK: Nilai Murni – Kerjasama             : Mencipta (menghasilkan)    BA2: 23–24  17
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28