Page 30 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 2)
P. 30

Membaca


                                                 Sena Terselamat


                    Sena ialah sebatang pokok yang hidup di dalam hutan. Sena
                    berkawan baik dengan haiwan-haiwan di situ.

                        Pada suatu hari, ketika Sena berbual-bual dengan
                    kawan-kawannya, dia ternampak seorang penebang pokok.

                        “Hei kawan-kawan, cepat lari! Ada penebang pokok
                    sedang menghampiri kita,” jerit Sena.

                        “Tidak, kami tidak akan membiarkan kamu dalam bahaya,
                    Sena. Selama ini, kamulah tempat kami berteduh, mendapat

                    makanan dan menghirup udara segar,” kata haiwan-haiwan
                    di dalam hutan itu.

                        Ketika Si Penebang bersiap sedia untuk menebang Sena,
                    dia terdengar ngauman Sang Singa. Dia ketakutan dan berlari

                    untuk menyelamatkan diri.



                                                                           Pokok dan haiwan
                                                               di dalam hutan saling bekerjasama. Saya
                                                                 tidak akan menebang pokok di dalam
                                                                               hutan lagi!


















                             Aktiviti




                    Mempersembahkan cerita dengan gaya yang menarik.


                          Nota Guru   •   Bimbing murid memahami cerita untuk membuat persembahan dengan
                                          sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.          2.3.2 (ii)
                 24                   Strategi: KB – Membuat gambaran mental                 KP: Verbal-linguistik  BA2: 26
                                      EMK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35