Page 87 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 2)
P. 87

Ayat Penyata



                                         Saya Anak yang Terpuji


                  Sekolah Elis mengadakan sambutan Minggu Integriti. Elis dan
                  rakan-rakannya dikehendaki menulis karangan berdasarkan
                  tajuk yang diberikan.







                                            Saya Anak yang Terpuji



                       Nama saya Elis binti Kamal. Ayah saya Kamal bin Ruslan.
                       Ibu saya pula Zaidah binti Zahid. Saya sentiasa berusaha

                       untuk menjadi anak yang baik kepada kedua-dua orang
                       tua saya.

                            Saya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh ibu
                       dan ayah. Saya menyiapkan kerja sekolah dan mengulang
                       kaji pelajaran mengikut jadual yang ditetapkan.

                            Saya juga suka membantu ibu membuat kerja rumah.

                       Kerja harian seperti membuang sampah dan membasuh
                       pinggan mangkuk akan saya lakukan tanpa disuruh.

                            Saya berharap perbuatan saya dapat menyenangkan
                       hati ibu dan ayah. Saya sayang akan mereka.











                           Aktiviti




                  Membina karangan dengan menggunakan ayat penyata
                  mengikut konteks.


                    Nota Guru    •   Bimbing murid membina karangan tentang diri mereka berpandukan
                                    bahan rangsangan yang diberikan.                      5.3.1 (ii)
                                 Strategi: KB – Menjanakan idea             Pembelajaran Kontekstual –   81
                                 EMK: Nilai Murni – Berhemah Tinggi               Menghubungkaitkan
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92