Page 114 - BUKU PENGURUSAN SMKTM 2022
P. 114
GURU PENASIHAT
1. Mengadakan mesyuarat agung Kelab/Persatuan/Unit Beruniform pada sekurang-kurangnya minggu kedua
bulan Januari untuk melantik AJK Kelab/Persatuan/Unit Beruniform.
2. Menyediakan peraturan/perlembagaan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform
3. Merancang kegiatan Tahunan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform.
4. Menyediakan Pelan Taktikal dan Pelan Operasi Persatuan / Kelab / Unit Beruniform dan menyerahkan
satu salinan kepada Setiausaha Kokurikulum
5. Memastikan ahli-ahli lulus ujian/pengiktirafan dari badan induk
6. Memastikan setiap ahli dalam Kelab / Persatuan / Unit Beruniform di bawah seliaan masing-masing
mempunyai kad kokurikulum dan guru penasihat bertanggungjawab menyimpan kad tersebut di dalam fail
di bilik Penolong Kanan Kokurikulum
7. Memastikan kehadiran murid dalam semua aktiviti Kelab / Persatuan / Unit Beruniform direkodkan dalam
kad koko masing-masing dan menyimpan kad tersebut dalam fail yang ditempatkan di bilik Penolong
Kanan Kokurikulum.
8. Guru Penasihat tidak dibenarkan menyimpan fail atau kad kokurikulum murid di bilik guru atau di tempat-
tempat lain
9. Fail tersebut hanya boleh diambil untuk dikemaskini pada hari perjumpaan kokurikulum dan
meletakkannya semula di rak selepas setiap aktiviti selesai
10. Memastikan perjalanan Kelab / Persatuan / Unit Beruniform tidak menyalahi peraturan sekolah dan tidak
menyeleweng dari perlembagaan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform
11. Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Setiausaha Kokurikulum melalui penyelaras unit
kokurikulum masing-masing.
1. Perlembagaan
2. Senarai nama AJK dan ahli beserta analisa kaum
3. Rancangan/Kegiatan setahun
4. Anggaran perbelanjaan/keperluan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform
5. Minit Mesyuarat Agung
12. Memastikan setiap aktiviti mengikut jadual dan berjalan lancar. Guru penasihat hendaklah menghadiri
setiap mesyuarat atau perjumpaan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Teknik Kebudayaan
13. Kehadiran murid mesti ditandatangani di dalam kad/buku rekod kehadiran selepas tamat perjumpaan
14. Mengawal, menceria dan mengemaskini papan kenyataan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform dari semasa
ke semasa untuk mengelakkan disalah guna
15. Bertanggungjawab membimbing murid - murid menyediakan laporan serta gambar kegiatan aktiviti
mengikut format yang betul dan menyerahkannya kepada penyelaras kelab / Persatuan
16. Mengiringi setiap rombongan yang dianjurkan oleh Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Teknik Kebudayaan
17. Mengiringi dan menjaga disiplin murid dalam satu-satu pertandingan
18. Menguruskan penyertaan ahli Kelab/Persatuan/Unit Beruniform dalam kegiatan atau pertandingan di
semua peringkat
19. Memajukan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform dengan cara yang difikirkan sesuai
20. Melengkapkan pengetahuan sebagai jurulatih pasukan beruniform atau penasihat kelab atau menjemput
jurulatih/penasihat luar
21. Semua kegiatan lawatan anjuran Kelab/Persatuan/Unit Beruniform hendaklah mendapat kebenaran
Pengetua
22. Mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga apabila murid diperlukan untuk sesuatu aktiviti di luar
kawasan sekolah
23. Bertanggungjawab menyerahkan senarai nama murid - murid yang menyertai kegiatan di luar kawasan
sekolah kepada PK HEM, Setiausaha Kokurikulum, guru kelas dan sesiapa yang difikirkan perlu
24. Bertanggungjawab serta mengagihkan peralatan yang digunakan dan pakaian pasukan (jika berkenaan)
dan memungut balik serta disimpan di tempat yang sesuai dan selamat
25. Menentukan semua surat menyurat daripada pihak luar hendaklah dibuat melalui Pengetua dan surat-surat
dari luar hendaklah dirujuk kepada Pengetua sebelum mengambil sebarang tindakan
26. Bertanggungjawab membuat tempahan pengangkutan/bas sekiranya diperlukan
27. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa
112

