Page 4 - BUKU PENGURUSAN SMKTM 2022
P. 4

CETUSAN MINDA PENGETUA



                                           BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM


                                           ASSALAMUALAIKUM  W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA



               Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin-
               Nya  kita  masih  lagi  diberi  peluang  dan  kesempatan  untuk  memikul  amanah  sebagai  pendidik,  bekerja
               menabur bakti serta terus menyumbang tenaga dan idea untuk meneruskan kecemerlangan pendidikan di
               SMK Taman Melati.

               Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih  diucapkan kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan
               Pentadbiran  Tahun 2022 kerana telah berjaya menyempurnakan buku ini dengan baik sekali. Sesungguhnya,
               buku panduan pengurusan ini sangat penting sebagai garis panduan dan rujukan berterusan kepada guru-
               guru dan Anggota Kakitangan Pelaksana (AKP) dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih
               efisien, efektif dan berfokus
               Bidang  pendidikan  negara  sememangnya  bersifat  dinamik  dan  transformasi  bagi  memenuhi  keperluan
               semasa khususnya di peringkat global. Oleh hal yang demikian, seluruh warga SMK Taman Melati khususnya
               pendidik bertindak sebagai arkitek sosial yang memikul tanggungjawab besar dalam memberikan pendidikan,
               menyampaikan ilmu, membentuk peribadi dan sahsiah sekali gus menjana potensi murid ke arah yang lebih
               optimum.  Sehubungan  dengan  itu,  diharapkan  buku  pengurusan  ini  membantu  guru-guru  membuat
               perancangan  dan  menyediakan  program-program  khusus  merangkumi  aktiviti  akademik,  kokurikulum  dan
               sahsiah sepanjang tahun 2022.

               Matlamat utama sekolah adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan peningkatan pencapaian murid
               ke satu tahap yang dapat mencapai KPI sekolah, memperkasa STEM agar murid mampu bersaing hingga ke
               peringkat  antarabangsa.  Pembudayaan  PdPc,  PAK21,  PBD  dan  PLC  yang  berkesan  diharap  membantu
               melonjakkan prestasi murid-murid secara holistik. Penanda aras kepada kejayaan dan keberhasilan usaha-
               usaha yang cekap dan berkesan adalah Kemenjadian Murid.
               Akhir  kata,  saya  yakin  dan  percaya  bahawa  warga  sekolah  akan  sentiasa  berusaha  secara  total  untuk
               menyediakan  landskap  pembelajaran  yang  terancang,  terkawal  dan  sempurna  dalam  usaha  membentuk
               modal insan yang berkualiti. Apa juga halangan, cabaran dan transformasi yang mendatang, seluruh warga
               sekolah  harus  berfikiran  positif  dan  menerima  dengan  minda  yang  terbuka  dan  dengan  penuh  iltizam,
               dedikasi dan berintegriti untuk menempuh dan mengatasinya demi mencapai misi dan visi sekolah. Teruskan
               tekad,  gandakan  usaha  agar  kita  dapat  menjadi  Khalifah  yang  dapat  menyempurnakan  tuntutan  agama,
               bangsa dan negara.

               Selamat menjalankan tugas dengan dedikasi sepanjang tahun 2022. Sekian, terima kasih.

               HAYATI BINTI HASSAN
               Pengetua
               SMK Taman Melati

                                                                                                                2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9