Page 13 - MPU21032 PERADABAN GLOBALISASI & PERADABAN MAJMUK
P. 13
ISTILAH DAN DEFINISI
BANGSA
Daripada dimensi sejarah, istilah bangsa berasal dari perkataan
latin yang membawa maksud lahir. Ia merujuk kepada tempat asal
lahirnya seseorang individu yang membawa kepada pembentukan
satu kumpulan manusia yang besar. Penggunaan bangsa ini cukup
meluas dan membawa makna yang recam. Biasanya istilah bangsa
digunakan untuk menjelaskan tentang sesebuah kumpulan etnik,
bahasa dan kebudayaan komuniti. Sekumpulan besar manusia
membentuk sebuah bangsa biasanya melalui terikatan hubungan
darah dan keturunan, penggunaan bahasa yang sama,
perkongsian tradisi dan sejarah .
Sesetengah sarjana melihat bangsa iaitu dalam konteks yang
mempunyai kepentingan kaum dan etnografi. Mereka
berpandangan bahawa bangsa lahir daripada sekumpulan besar
manusia yang bersatu melalui keturunan dan penggunaan bahasa
yang sama, yakni salam satu kelompok yang sama. Benedict
Anderson pula mentakrifkan bangsa sebagai sebuah sebuah ‘
imagined political community’.

