Page 7 - MPU21032 PERADABAN GLOBALISASI & PERADABAN MAJMUK
P. 7

Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban





    Senarai buruk baik globalisasi yang tersebut di atas mengesahkan kedudukan dimensi ekonomi sebagai dimensi
    terpenting globalisasi masa kini dan juga yang paling berpengaruh. Punca utama globalisasi ekonomi
    meninggalkan banyak kesan negatif dalam pelbagai bidang kehidupan manusia sejagat ialah sifat dan ciri
    fenomena kapitalisme global yang menjadi teras dan tumpuan dimensi globalisasi berkenaan. Kapitalisme
    menekankan ide dan amalan perdagangan bebas, liberalisasi pasaran kewangan dan pengaliran bebas modal
    tetapi nampaknya konsep kebebasan dan liberalisasi yang difahami dan diamalkan ini betul-betul bebas dari
    nilai-nilai murni yang diperjuangkan oleh Islam dan agama-agama lain. Kita tidak nampak bagaimana amalan

    ekonomi seperti yang dianjurkan oleh kapitalisme global ini dapat memberi kebaikan kepada golongan
    terbanyak. Globalisasi ekonomi dalam era Islam juga mengamalkan pasaran dan perdagangan bebas tetapi
    amalan itu berdasarkan nilai-nilai kerohanian dan moral seperti keadilan dan kamakmuran bersama. Peradaban
    ekonomi yang negara ini perlukan ialah sistem, institusi dan amalan ekonomi yang didasarkan kepada nilai-nilai
    seperti itu. Prinsip-prinsip ekonomi dan ajaran-ajaran lain yang relevan dengan ekonomi seperti yang
    terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. boleh memberi sumbangan besar terhadap usaha untuk
    membentuk peradaban ekonomi yang dihajatkan ini.
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12