Page 63 - JHEAIK ANUAL REPORT E Book
P. 63

LAPORAN TAHUNAN 2021




        muzakarah imam negeri kedah darul aman tahun 2021


        09 Dis -  Pejabat  Yang  Berhormat Ahli  Maj-
        lis Mesyuarat Kerajaan  Negeri  Kedah  (Agama,
        Pendidikan dan Sumber Manusia)  dengan ker-
        jasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
        Kedah melalui  Bahagian  Pengurusan  Masjid
        dan Surau telah menganjurkan Program Mu-
        zakarah  Imam  Negeri  Kedah Tahun  2021  bagi
        Zon  Selatan  di  Dewan Eksperimental, Univer-
        siti  Islam  Antarabangsa Sultan  Abdul Halim
        Mua’dzam Shah (UniSHAMS), Kuala  Ketil.

        Program      dilaksanakan     bemula      dengan
        pendaftaran  peserta dari kalangan  Imam  dan
        Guru Takmir  pada  jam  8.00 pagi  diikuti  den-
        gan  dua  slot  pembentangan  kertas kerja.
        Slot  pembentangan  pertama  disampaikan oleh
        Yang  Berbahagia  Dr. Akli  bin Ahmad, Dekan
        Kulliyyah Syariah dan Undang-undang,  Un-
        iSHAMS dengan  tajuk  Hubungan  Imam  Den-
        gan  Masyarakat, manakala  slot pembentangan
        kedua bertajuk  Penyampaian  Khutbah  Yang
        Dinamik  disampaikan  oleh Yang  Berbahagia
        Dr. Mohamad Hazli bin Ismail, Pensyarah Kulli-
        yyah Usuluddin dan Sains Al-Quran, UniSHAMS.



                                                             Majlis  Perasmian Penutup  Muzakarah
                                                             Imam Negeri Kedah Tahun 2021 bagi Zon
                                                             Selatan  ini dirasmikan  oleh Yang  Berhor-
                                                             mat  Brigedier  Jeneral  (    Dato’  Haji Najmi
                                                             bin Haji Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Ker-
                                                             ajaan  Negeri  Kedah merangkap  Pengeru-
                                                             si  Jawatankuasa Tetap Agama, Pendi-
                                                             dikan dan sumber Manusia Negeri Kedah.

                                                             Yang Berbahagia Dato’ Pengarah Jabatan Hal
                                                             Ehwal Agama Islam Negeri Kedah diwaki-
                                                             li  oleh  Yang  Berbahagia  Dato’  Syeikh Ismi
                                                             Anuar bin Haji Abdul Halim, Timbalan Pen-
                                                             garah (Operasi) Jabatan Hal Ehwal Agama
                                                             Islam  Negeri  Kedah bagi  menyampaikan
                                                             Ucapan  Aluan  di dalam majlis  tersebut.
                                                             Program  berjalan  dengan  lancar  dengan
                                                             kehadiran  kira-kira  300 orang  peserta
                                                             dari kalangan Imam dan Guru Takmir ser-
                                                             ata  daerah di Zon  Selatan Negeri  Kedah


                                                                                            JHEAIK 63
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68