Page 82 - JHEAIK ANUAL REPORT E Book
P. 82

2021     LAPORAN TAHUNAN






            Program Taklimat Penubuhan Koperasi Kariah Masjid


            Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHE-
            AIK dengan kerjasama Suruhanjaya Koper-
            asi Malaysia Cawangan Negeri Kedah telah
            mengadakan Program Taklimat Penubuhan
            Koperasi Kariah Masjid Wilayah Kota Setar
            dan Pokok Sena Tahun 2021.
            Program diadakan di Raia Hotel & Convention
            Centre Alor Setar pada 10 Mac 2021 bermula
            jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Program
            diisi dengan 3 slot ceramah yang disampaikan
            oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia
            Cawangan Negeri Kedah. Slot pertama dis-
            ampaikan oleh En. Muhammad Shukur bin
            Md Saffar, Timbalan Pengarah Suruhanjaya
            Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Kedah
            dengan tajuk Peranan dan Tanggungjawab
            Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Slot kedua
            bertajuk Pengenalan Koperasi disampaikan
            oleh Puan Hajjah Yusnita binti Othman, Tim-
            balan Pengarah Institut Koperasi Malaysia
            (IKM) Zon Utara, sementara slot terakhir iaitu
            Taklimat Kefahaman dan Penubuhan Koper-
            asi dikendalikan oleh Puan Khairufiza binti
            Kasim, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi,
            Bahagian Statutori dan Pendaftaran Koperasi
            Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan
            Negeri Kedah.
            Program melibatkan penyertaan sejumlah 24
            masjid iaitu 20 buah masjid sekitar Daerah
            Kota Setar dan 4 buah masjid dari daerah
            Pokok Sena dengan jumlah jemputan wakil
            masjid seramai 72 orang peserta.
            Majlis Perasmian Penutup disempurnakan
            oleh YBhg. Puan Norzila binti Nayan,  Pengar-
            ah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan
            Negeri Kedah. YBhg. Tuan Pengarah JHEAIK
            diwakili oleh YBhg. Tuan Syeikh Zainul Jamal
            bin Abdul Ghani, Ketua Penolong Pengarah
            Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHE-
            AIK di dalam majlis tersebut.











          82      JHEAIK
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87