Page 3 - BUKU PENGURUSAN SK(F)LM 2019 (Induk)
P. 3

PENGURUSAN & TAKWIM  SEKOLAH
                                                                                                       TAHUN 2019


               MOTTO SEKOLAH

                       BERILMU  BERAMAL  BERDISIPLIN-           Jika  seseorang  itu  berilmu  hendaklah  istiqomah
                       dalam amalannya dan berdisiplin bagi memastikan kejayaan di dunia dan akhirat.



               FALSAFAH SEKOLAH

                      Integriti,Adil,Penyayang Dan Muafakat


               IKRAR SEKOLAH

                       Kami,  warga  Sekolah  Kebangsaan  Lui  Muda  dengan  penuh  iltizam  berjanji
                       menyempurnakan  tugas  dan  tanggungjawab  bagi    mendidik,  murid-murid    menjadi  insan
                       yang  sempurna  rohani  dan  jasmani  dan  sentiasa  berusaha  ke  arah  kejayaan  yang  lebih
                       besar.
                       Ke arah itu, kami mengiktiraf hak pelanggan kami seperti berikut:-

                       1.  Menghayati  dan  melaksanakan  Falsafah  Pendidikan  Negara  bagi  mewujudkan  insan
                          yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial dengan
                          berpegang kepada Rukun Iman dan Rukun Negara.

                       2.  Memastikan  semua  murid  mendapat  layanan  yang  sama  serta  pendidikan  yang
                          sempurna sesuai dengan konsep pendemokrasian pendidikan.

                       3.  Berusaha  dengan  gigih  serta  berterusan  bagi  mencapai  kecemerlangan  dalam  bidang
                          kurikulum, sahsiah, kokurikulum serta pengurusan dan pentadbiran.

                       4.  Memastikan semua masalah diambil tindakan mengikut keperluan dan keutamaan.

                       5.  Sentiasa menjalin interaksi padu dengan ibu bapa, masyarakat serta komuniti sosial yang
                          lain ke arah kemajuan dan perkembangan sekolah.

                       6.  Memastikan  semua  maklumat  terkini  dari  dan  kepada  PPD  JJ  dan  JPNS  dapat
                          disampaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

                       7.  Sentiasa  mengeratkan  silatulrahim  antara  warga  sekolah  dan  pelajar  dengan  konsep
                          sekolah penyayang .
   1   2   3   4   5   6   7   8