Page 2 - JAWAPAN 1211 pdf
P. 2
MOHAMMAD SULTAN ALBANY BIN HUSNUL AFIF 3 CEMPAKA
a) Undang-undang dan wilayah pengaruh
b) Raja akan melantik para pembesar dan menerajui pelaksanaan undang-undang kerajaan
supaya urusan pentadbiran dapat dilicinkan dan direalisasikan secara sistematik.
c) Rakyat perlu mengekalkan taat setia mereka serta tidak menderhaka kepada
pemerintah. Hal ini kerana raja saling memainkan peranannya melindungi dan mengekalkan
kesejahteraan rakyat jelata daripada ancaman pengaruh luar. Misalnya, rakyat berkhidmat
dalam memajukan sektor ekonomi kerajaan serta sebagai angkatan tentera apabila
kedaulatan kerajaan terancam.
d) Undang-undang dijadikan panduan kepada dasar pemerintahan dan pentadbiran sesebuah
negara. Pelaksanaan ini membolehkan negara diurus tadbir dengan lancar dan teratur
disamping membanteras kegiatan jenayah yang memudaratkan rakyat. Dengan ini,
organisasi sosial dalam sesebuah negara akan memperoleh prospek keamanan dan
kesejahteraan yang berpanjangan.
SHARANYA VALACHANSAMY 3 CEMPAKA
a) UNDANG - UNDANG / WILAYAH PENGARUH
b) Seorang raja perlu menaungi dan menjaga keselamatan rakyat negeri
baginda. Selain itu , seorang raja juga perlu mewujudkan perpaduan rakyat.
Di samping itu , untuk mengukuhkan kedudukannya dalam sistem pentadbiran seorang raja
perlu bertanggungjawab terhadap kemakmuran serta kestabilan kerajaan. Akhir sekali ,
seorang raja perlu memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat untuk
mengukuhkan kedudukannya dalam sistem pentadbiran.
c) Antara peranan rakyat kepada raja dalam sesebuah kerajaan ialah menunjukkan taat setia
kepada pemerintah. Selain itu , rakyat juga perlu mematuhi segala arahan pemerintah dan
tidak akan menderhaka kerana takut ditimpa tulah. Di samping itu , rakyat juga boleh
menjadi tentera . Seterusnya , rakyat perlu menghadiri majlis umum seperti gotong-royong
dan menjadi pengaluh atau pendayung kapal perang.Akhir sekali , rakyat perlu menyumbang
tenaga kerja melalui sistemkerah seperti membina istana atau jalan.
d) Ya , pelaksanaan undang-undang penting dalam kemajuan sebuah negara . Ia sebab ,
undang-undang penting bagi masyarakat kerana ia berfungsi sebagai norma tingkah laku
bagi warganegara. Itu juga dibuat untuk memberikan panduan yang tepat dan
memerintahkan tingkah laku untuk semua warga negara dan untuk mempertahankan
ekuitas pada tiga cabang pemerintah. Ini menjadikan masyarakat terus berjalan.

