Page 12 - PSO TSS_N
P. 12
Objektif Sekolah
12
Objektif am sekolah adalah selari dengan Gelombang ketiga memberikan tumpuan kepada meningkatkan
keluwesan operasi untuk memupuk budaya kepimpinan rakan setugas bagi pembangunan kecemerlangan
profesional. Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM): (2013—2025) iaitu memacu peningkatan sistem.
Objektif am sekolah berhasrat untuk mencapai 5 aspirasi sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan
kecekapan. Ia juga berhasrat untuk mencapai 6 aspirasi murid iaitu; berpengetahuan, kemahiran berfikir aras
tinggi,kemahiranmemimpin,kemahiran dwi bahasa serta etika dan kerohanian. Fokus utama objektif sekolah
ialah untuk mencapai 6 aspirasi murid iaitu;
ENAM ASPIRASI MURID
1. PENGETAHUAN (PENGETAHUAN RENTAS SEMPADAN) : Setiap murid akan dapat membaca, menulis dan mengira , menguasai mata pelajaran teras seperti
Matematik dan Sains serta mempunyai pengetahuan yang kukuh mengenai Malaysia, Asia dan Dunia.
2. KEMAHIRAN BERFIKIR (KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI) : Setiap murid akan belajar cara mendapatkan pendidikan sepanjang hayat, cara
menghubung kait pelbagai pengetahuan yang berbeza dan cara untuk menjana pengetahuan baru.
3. KEMAHIRAN MEMIMPIN (KEMAHIRAN INSANIAH)
: Setiap murid akan dapat mencapai potensi diri sepenuhnya melalui peluang bekerja dalam
kumpulan, dan memegang peranan kepimpinan secara formal dan informal.
4. KEMAHIRAN DWI BAHASA: Setiap murid pada tahap minima akan dapat menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris serta digalakkan untuk
mempelajari bahasa tambahan.
5. ETIKA DAN KEROHANIAN: Setiap murid akan mempunyai asas moral yang kukuh untuk mendepani pelbagai cabaran kehidupan dan membantu
mereka dengan berani membuat keputusan yang tepat.
6. IDENTITI NASIONAL : Setiap murid tanpa mengira agama, etnik atau status sosioekonomi akan merasa bangga dikenali sebagai anak Malaysia.

