Page 3 - Buku Panduan Akademik SPP 2019_2020
P. 3

SEJARAH PENUBUHAN KOLEJ KOMUNITI


            BANDAR PENAWAR






                   Tarikh 5 Julai 2000, merintis lembaran pertama Kolej Komuniti apabila Jemaah Menteri

               telah mempertimbangkan memorandum yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan
               pada  waktu  itu  mengenai  konsep  penubuhan  dan  pelaksanaan  Kolej  Komuniti  di  setiap


               kawasan  parlimen.  Sehingga  Januari  2021,  sebanyak  104  buah  Kolej  Komuniti  telah
               beroperasi di seluruh negara.


                   Kolej Komuniti ditubuhkan dengan matlamat menjadikan Kolej Komuniti sebagai sebuah

               institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran kepada semua peringkat dan

               memberikan  peluang  pendidikan  kepada  lepasan  menengah  sebelum  ke  pasaran  tenaga

               kerja atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.


                   Kolej Komuniti Bandar Penawar telah dibuka secara rasminya pada 01 Mac 2003 dengan

               menumpang di bangunan Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi dengan kakitangan perintis

               seramai  8  orang.  Kini,  Kolej  Komuniti  Bandar  Penawar  telah  beroperasi  sepenuhnya  di

               kampus yang terletak di Jalan Ungku Abdul Aziz, Bandar Penawar, Johor di mana terletak di

               bahagian tenggara Kota Tinggi, dalam wilayah kecil Pengerang.




























                                                                                                                3
   1   2   3   4   5   6   7   8