Page 3 - Buku Panduan Akademik Pelajar STP
P. 3
SEJARAH PENUBUHAN KOLEJ KOMUNITI
BANDAR PENAWAR
Tarikh 5 Julai 2000, merintis lembaran pertama Kolej Komuniti apabila Jemaah Menteri
telah mempertimbangkan memorandum yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan
pada waktu itu mengenai konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap
kawasan parlimen. Sehingga Januari 2015, sebanyak 91 buah Kolej Komuniti telah beroperasi
di seluruh negara.
Kolej Komuniti ditubuhkan dengan matlamat menjadikan Kolej Komuniti sebagai sebuah
institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran kepada semua peringkat dan
memberikan peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga
kerja atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Kolej Komuniti Bandar Penawar telah dibuka secara rasminya pada 01 Mac 2003 dengan
menumpang di bangunan Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi dengan kakitangan perintis
seramai 8 orang. Kini, Kolej Komuniti Bandar Penawar telah beroperasi sepenuhnya di
kampus yang terletak di Jalan Ungku Abdul Aziz, Bandar Penawar, Johor di mana terletak di
bahagian tenggara Kota Tinggi, dalam wilayah kecil Pengerang.
3

