Page 1 - SURAT KEBENARAN HADIR KE SEKOLAH SSM DAN SSeM PKP 3.0_emel
P. 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
                        Ministry of Education Malaysia
                        BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN
                        Sports, Co-curricular And Arts Division
                        Aras 1, 2 & 7, Blok E13, Kompleks E                  Telefon      :   +603 88841002
                        Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan               Faks         :   +603 88841034

                        62604 PUTRAJAYA                                      Laman Web    :   www.moe.gov.my
                        MALAYSIA




                                                                  Ruj. Tuan :
                                                                  Ruj.Kami  :  KPM.100-1/5/1JLD.     (      )
                                                                                                    26
                                                                                                         89
                                                                  Tarikh     :             Jun 2021
                                                                                  14

               SEPERTI DI SENARAI EDARAN

               Tuan/ Puan,

               SURAT KEBENARAN HADIR KE SEKOLAH  SUSULAN PELANJUTAN TEMPOH
               PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP 3.0) SEHINGGA 28 JUN 2021

               Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

               2.   Kenyataan  Media  Menteri  Kanan  Pertahanan  pada  11  Jun  2021  telah
               memaklumkan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh
               YAB Perdana Menteri telah bersetuju bahawa tempoh  Perintah Kawalan Pergerakan
               (PKP 3.0) dilanjutkan untuk tempoh dua (2) minggu berkuat kuasa 15 Jun sehingga
               28 Jun 2021.

               3.   Sehubungan dengan itu, tuan/puan seperti di Senarai Edaran adalah dibenarkan
               untuk hadir ke sekolah bagi melaksanakan tugas-tugas berkaitan essential services di
               sekolah seperti pentadbiran, kewangan, kebersihan dan keselamatan. Pengetua dan
               pentadbir  sekolah  adalah  bertanggungjawab  untuk  memantau  dan  memastikan
               kehadiran staf ke sekolah tidak melebihi 20 peratus daripada keseluruhan warga kerja
               sekolah dan staf yang hadir ke sekolah hanya terlibat dalam melaksanakan tugas-tugas
               berkaitan essential services seperti yang telah dijadualkan oleh pihak sekolah.

               4.   Kerjasama  tuan/puan  adalah  dimohon  untuk  mematuhi  semua  Standard
               Operating  Prosedure  (SOP)  yang  telah  ditetapkan  oleh  Kementerian  Kesihatan
               Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia sepanjang keberadaan tuan/puan di
               sekolah.

               Perhatian tuan/puan berhubung perkara di atas amatlah dihargai.

               Sekian, terima kasih.


               “PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

               “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

               Saya yang menjalankan amanah,



               (HAJI RAZUKI BIN A.RAHIM)
               b.p. Pengarah
               Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
               Kementerian Pendidikan Malaysia

               ZN/Haidada/PKP3.0_2021/mydocSPSKM
                                                                                                                               …2/-
   1   2   3   4   5   6