Page 24 - ISP 2016-2018
P. 24

PELAN STRATEGIK ICT (ISP) 2016 - 2018
           KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

2.2.6 Piagam Pelanggan

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti
seperti berikut:

     i. Menggubal dasar, peraturan dan strategi yang jelas mengenai sektor
             perladangan dan komoditi berlandaskan kepada perkembangan dan
             keperluan semasa mengikut tempoh masa berikut:-

             ? Serta merta – tidak melebihi dua minggu;
             ? Jangka pendek – tidak melebihi tiga bulan;
             ? Jangka sederhana – antara tiga bulan hingga enam bulan; dan
             ? Jangka panjang – antara enam bulan hingga 18 bulan.

     ii. Memastikan program pembangunan sektor perladangan dan
             komoditi yang dirangka, dirancang, diselaras dan dipantau di bawah
             rancangan pembangunan lima tahun semasa dan kajian separuh
             penggal mencapai sasaran dan impak yang ditetapkan;

     iii. Mengadakan perbincangan dan/atau dialog dengan kerajaan-
             kerajaan negeri, kementerian/agensi, pusat pengajian tinggi dan
             industri/ pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) sekurang-kurangnya
             empat kali setahun;

     iv. Menganjurkan misi galakan pasaran dan perdagangan/lawatan kerja
             bagi memperkukuhkan pasaran sedia ada dan menerokai pasaran
             baru sekurang-kurangnya lima kali setahun;

     v. Menerbitkan buku Statistics on Commodities setiap tahun;

     vi. Menganjurkan Malaysian International Conference and
             Commodities Showcase (MICCOS) setiap dua tahun; dan

     vii. Menjawab semua pertanyaan dan kemusykilan mengenai dasar dan
             peraturan dengan jelas dalam tempoh seminggu.

                                                                                          19 | T E R H A D
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29