Page 3 - BUKU PENGURUSAN SK SERI MELATI 2020
P. 3

KATA ALU- ALUAN GURU BESAR


                                         Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


                         Dengan  nama  Allah,  selawat  dan  salam  buat  junjungan  besar  Nabi  Muhammad  s.a.w  serta
               sekalian  sahabat-  sahabat  baginda,  guru-  guru,  kaum  keluarga  dan  warga  sekolah  SK  Seri  Melati.

               Bersyukur  ke  hadrat  Ilahi  kerana  dengan  limpah  kurniaNya  Buku  Pengurusan  Guru  2020  telah  dapat
               dihasilkan dengan membawa harapan buku pengurusan ini dapat membantu dan menjadi panduan semua
               warga  SK  Seri  Melati.  Adalah  diharapkan  dengan  terhasilnya  Buku  Pengurusan  Guru  2020  ini  akan

               memacu  SK  Seri  Melati  ke  arah  kecemerlangan.  Hasrat  murni  ini  akan  menjadi  realiti  apabila  semua
               panduan yang disediakan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan. Selain  itu, kepimpinan

               peringkat  sekolah  perlulah  efektif  dan  efisen,  mempunyai  barisan  guru  yang  berkualiti,  berilmu
               pengetahuan, berkemahiran dan memiliki sikap serta sahsiah yang unggul.


                         Adalah diharapkan pengemblengan tenaga semua pihak dapat melahirkan generasi murid yang
               cemerlang. Buatlah sesuatu yang terbaik pada anak- anak didik kita berdasarkan kerelaan dan keikhlasan
               yang sejati. Tahun 2020 sudah bermula. Justeru, persiapan yang rapi semaksimum mungkin perlu kita

               persiapkan  bagi  menghadapi  cabaran  pendidikan  masa  kini.  Seluruh  warga  SK  Seri  Melati  wajar
               membuat tranformasi  ke  arah peningkatan  minda, nilai kualiti  kerja  serta pembentukan sahsiah terpuji
               agar sekolah ini dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi di arena Pendidikan Negara. Visi, Misi,

               Hala  Tuju  dan  Matlamat  sekolah  perlu  sentiasa  dihayati  agar  amanah  yang  dipertanggungjawabkan
               kepada kita bukan menjadi satu beban sebaliknya satu ibadah.


               Selamat bertugas, sekian terima kasih.



               Saya yang menjalankan amanah,


               ……………………..
               AHMAD BIN SAAD
               Guru Besar
               SK Seri Melati







                                                          - 2 -
   1   2   3   4   5   6   7   8