Page 55 - BUKU PENGURUSAN SK SERI MELATI 2020
P. 55
TUGAS GURU PEMIMPIN UNIT BERUNIFORM
1. Mendaftarkan ahli-ahli yang terdiri daripada murid-murid tahun 3
hingga 6.
2. Mendapatkan borang dan menguruskan pendaftaran pasukan dengan
pihak yang tertentu sekiranya perlu.
3. Merancang dan menyediakan rancangan kegiatan/aktiviti tahunan
dan mingguan.
4. Menyimpan rekod yang kemaskini berkaitan dengan keahlian dan
kegiatan-kegiatan yang dijalankan dalam Buku Perancangan
Kokurikulum.
5. Merancang dan menetukan sumber kewangan dan menyimpan rekod
kutipan dari ahli dan wang dibelanjakan.
6. Mewakili Guru Besar menghadiri semua mesyuarat/perjumpaan
sekiranya Guru Besar tidak dapat menghadirinya.
7. Hendaklah menghadiri kursus, taklimat, ceramah, khemah dan lain-
lain yang berkaitan.
8. Sentiasa mengikuti perkembangan semasa yang berkaitan.
9. Menguruskan penyertaan, kegiatan berkaitan semua peringkat.
10. Mendapatkan kebenaran bertulis ibubapa/penjaga dan jika
perlu,insuran tambahan diuruskan apabila mendapat
kegiatan/aktiviti berkenaan diadakan di luar kawasan sekolah.
11. Mengawasi dan menentukan keselamatan ahli-ahli semasa mereka
menghadiri atau menjalankan kegiatan dan jika perlu menghubungi
Guru Besar/ ibubapa/ penjaga murid sekiranya berlaku sesuatu hal
yang tidak dapat dielakkan.
51

