Page 69 - BUKU PENGURUSAN SK SERI MELATI 2020
P. 69
Kuku mestilah sentiasa pendek dan bersih.
Gosok gigi sebelum ke sekolah.
11 HARTA BENDA SEKOLAH
Hendaklah digunakan dengan cermat dan dijaga dengan
sempurna.
Menulis, melukis dan menconteng di mana-mana hartabenda
sekolah adalah dilarang keras.
Penggunaan air dan elektrik hendaklah dijimatkan.
12 LAIN-LAIN PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
Dilarang melawan Pengawas-Pengawas, Ketua-ketua Kelas
dan Penolong Ketua Kelas.
Dilarang meludah di merata tempat.
Dilarang keras
Tingkahlaku Jenayah.
Tingkahlaku Lucah.
Tingtkahlaku tidak mementingkan masa.
Tingkahlaku kurang sopan dan biadap.
Tingkahlaku pemusnah.
Tingkahlaku tidak jujur dan menipu serta mencuri.
Ponteng.
13 MELANGGAR DISIPLIN DAN PERATURAN SEKOLAH
Sekiranya murid-murid melanggar peraturan yang telah
ditetapkan tindakan wajar akan diambil termasuk merotan,
digantung persekolahan atau dibuang sekolah.
14 PERATURAN AM
Kenderaan awam tidak dibenarkan sama sekali memasuki
kawasan sekolah tanpa kebenaran dari pihak Guru Besar.
Ibubapa/pelawat dikehendaki mendapat kebenaran
daripada pihak Guru Besar untuk sesuatu urusan.
Dilarang keluar dari kawasan sekolah dengan tujuan membeli
atau lain-lain urusan melainkan mendapat kebenaran dari
pihak Guru Besar.
Dilarang sama sekali membawa peralatan tajam atau bahan
yang membahayakan ke sekolah kecuali dengan kebenaran
dari pihak Guru Besar.
64

