Page 158 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2024-25
P. 158
SEUNTAI MADAH SEJAMBAK BICARA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Sepakat SKSB Hebat
Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya, Manual Pengurusan Sekolah Sesi
2024/2025 SK Sungai Binjai dapat disiapkan dengan jayanya. Sekalung tahniah dan
jutaan terima kasih saya tujukan kepada Jawatankuasa Manual Pengurusan Sekolah
yang telah bertungkus- lumus menyiapkan tugasan ini. Manual ini penting sebagai
garis panduan dan rujukan utama kepada semua guru SK Sungai Binjai khususnya
dalam melaksanakan tugasan sepanjang sesi 2024/2025.
Sememangnya, bidang pendidikan negara bersifat dinamik dan transformasi bagi
memenuhi keperluan semasa khususnya di peringkat global. Matlamat utama
sekolah adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan peningkatan pencapaian
murid ke satu tahap yang dapat mencapai KPI sekolah dan memperkasa STEM.
Pembudayaan PAK21, PBD dan PLC yang berkesan diharap membantu melonjakkan
prestasi murid-murid secara holistik bersesuaian dengan sekolah transformasi.
Penanda aras kepada kejayaan dan keberhasilan usaha yang cekap dan berkesan
adalah kemenjadian murid.
Akhir kata , saya yakin bahawa warga SK Sungai Binjai akan sentiasa berusaha secara
total untuk menyediakan landskap pembelajaran yang terancang dalam usaha
membentuk modal insan yang berkualiti. Apa jua halangan, cabaran dan transformasi
yang mendatang, seluruh warga sekolah harus berfikiran positif dan menerima
dengan minda yang terbuka dan penuh iltizam demi mencapai misi dan visi sekolah
serta KPM. Teruskan tekad dan gandakan usaha.
Sekian, terima kasih.
NOR AZIZAH BINTI MOHD NOH
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Sungai Binjai
Tarikh : 19 Januari 2024

