Page 207 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2024-25
P. 207
SEUNTAI MADAH SEJAMBAK BICARA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Sepakat SKSB Hebat
Terlebih dahulu saya merakam ucapan ribuan terima kasih kerana diberi ruang dan
peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam Manual Pengurusan Sekolah
Sesi 2024/2025.
Alhamdulillah, dengan izin dan rahmatNya, Manual Pengurusan Sekolah yang penuh
informasi dan berkualiti ini dapat direalisasikan secara eksklusif, lengkap dengan
penampilan yang cukup menarik.
Dalam era digitalisasi di zaman ini, kesediaan dalam memasuki transfomasi dunia
pendidikan secara global perlu dihadapi oleh pihak sekolah terutamanya dalam
mengakses sumber maklumat secara pantas dan di mana sahaja. Pendigitalan sistem
pendidikan negara merupakan satu bentuk transformasi dalam meningkat kualiti
pengurusan sekolah seterusnya meningkatkan kualiti pembelajaran ke tahap yang
lebih tinggi.
Oleh itu, syabas dan tahniah buat semua pentadbir dan Jawatankuasa Manual
Pengurusan Sekolah yang telah berjaya melengkapkan kandungan manual ini supaya
dapat disebar luas dan diguna pakai oleh seluruh warga SK Sungai Binjai.
Semoga semua warga sekolah dapat memperolehi manfaat dan seterusnya bersama-
sama berusaha untuk meningkatkan lagi kecemerlangan dan kegemilangan sekolah ke
satu tahap yang membanggakan.
Sekian, terima kasih.
ROZANI BINTI KAMARUDIN
PK Hal Ehwal Murid
SK Sungai Binjai
Tarikh : 19 Januari 2024

