Page 4 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2024-25
P. 4

SEUNTAI MADAH SEJAMBAK BICARA

               Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
               Salam Sejahtera dan Salam Sepakat SKSB Hebat


               Alhamdulillah,  bersyukur  ke  hadrat  Allah  SWT  kerana  dengan  limpah  dan  izin-
               Nya,maka pihak sekolah telah berjaya merancang dan menyusun Manual Pengurusan


               Sekolah  (  MPS  )  Sesi  2024/2025  SK  Sungai  Binjai  ini  dengan  jayanya.  Syabas  dan
               tahniah kepada semua pihak yang telah mengembleng tenaga, idea dan pandangan
               untuk merealisasikan Manual Pengurusan Sekolah ini.

               Manual Pengurusan Sekolah ini adalah satu dokumen yang sangat penting kepada
               sesebuah sekolah sebagai rujukan untuk melaksanakan semua aktiviti yang dirancang
               oleh  pihak  sekolah.  Dokumen  ini  juga  menjadi  rujukan  dan  panduan  rasmi  semua
               warga sekolah dalam merancang dan seterusnya melaksanakan program sepanjang
               tahun ini.

               Justeru,      saya      berharap      perancangan        ini     dapat      dimanfaatkan
               oleh  semua  guru  dan  staf  sokongan  agar  dapat  meningkatkan  lagi  integriti  dan
               akauntabiliti  dalam  pengurusan  pentadbiran,  kurikulum,  hal  ehwal  murid  dan
               kokurikulum sepanjang tahun ini.

               Perancangan  yang  teliti  akan  menjana  kejayaan  dan  kecemerlangan  sesebuah
               sekolah. Kerjasama dan komitmen dari semua warga sekolah dapat merealisasikan
               impian SK Sungai Binjai menjadi kenyataan.

               Sebagai sebuah sekolah yang  mempunyai cita-cita besar untuk  menempa nama di
               persada negara dan dunia pendidikan, penggemblengan tenaga dan usaha daripada
               warga sekolah amat diharapkan supaya dapat menguasai ilmu untuk menghasilkan
               pendidikan  berkualiti  demi  meningkatkan  kecemerlangan  akademik  melalui
               pengurusan  sekolah  yang  relevan,  efektif,  cekap  dan  efisien  dengan  keperluan
               pendidikan.

               Semoga  dengan  terhasilnya  Manual  Pengurusan  Sekolah        ini,  ianya  dapat  menjadi
               pemangkin  bagi  menjana  guru  cemerlang,  murid  gemilang  dan  sekolah  terbilang
               selaras  dengan  visi,  misi,  moto,  etos,  komitmen  dan  Piagam  Pelanggan  Sekolah
               Kebangsaan Sungai Binjai. #Sebinjai Hebat#

               Sekian, terima kasih.

               MOHD ARIF BIN AB MUIS
               Guru Besar
               SK Sungai Binjai
               Tarikh : 19 Januari 2024
   1   2   3   4   5   6   7   8   9