Page 41 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2024-25
P. 41
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS MINGGUAN
TAHUN 2024/2025
A. PERSIAPAN SEBELUM LOCENG PERTAMA
1. Hadir ke sekolah 30 minit sebelum loceng berbunyi.
2. Mengenal pasti kawasan yang memerlukan perhatian utama.
3. Mengalu-alukan kehadiran murid di pintu pagar A, B dan C.
4. Mengarahkan murid berhimpun / beratur di tempat yang telah ditetapkan.
5. Menyediakan PA Sistem 15 minit sebelum loceng berbunyi bagi program :
• Sesi Pagi : Program Sinar Gemilang (mengikut mata pelajaran)
• Sesi Petang : Program Cakna Masa (membaca buku).
6. Memastikan guru PdPc pertama mengiringi murid masuk ke kelas mengikut laluan yang telah
ditetapkan.
B. MENGAWAS MURID SEMASA REHAT
1. Memastikan semua murid berada di kantin ketika makan dan berada di dataran selepas selesai
makan.
2. Mengawal disiplin murid-murid semasa membeli makanan dan minuman di kantin.
3. Memastikan murid-murid makan dengan beradab sopan.
4. Memastikan murid-murid meletakkan pinggan/mangkuk/cawan di tempat yang disediakan.
Murid-murid perlu menjaga kebersihan kantin.
5. Memastikan guru PdPc selepas rehat mengiringi murid-murid ke kelas mengikut laluan yang
telah ditetapkan.
C. MENGAWAS MURID-MURID KETIKA BALIK
1. Berada di lokasi iaitu pintu pagar A, B dan C 5 minit sebelum loceng pulang. Jika ada kelas, bawa
murid bersama ke lokasi.
2. Memastikan murid-murid balik selepas setengah jam loceng berbunyi/tamat sesi persekolahan.
Menelefon ibu bapa/penjaga dengan segera jika ada murid yang masih belum pulang. Minta
murid yang belum pulang berada di pintu pagar A sahaja (sesi petang).
3. Mencatat nama murid yang pulang lewat iaitu setengah jam selepas tamat sesi persekolahan
dalam buku laporan (sesi petang).
4. Serahkan surat berwarna merah sebagai tanda peringatan kepada ibu bapa/penjaga (sesi
petang).
D. MENGAWAL DISIPLIN MURID
1. Mengendalikan kes-kes kemalangan dalam kawasan sekolah.
2. Membantu menyelesaikan masalah seperti kehilangan barang dan lain-lain.
3. Menguruskan kes-kes murid sakit dan memerlukan tindakan segera.
E. KEBERSIHAN
1. Memastikan kawasan persekitaran sekolah dalam keadaan bersih.
2. Memastikan murid-murid yang bertugas membersihkan kelas masing-masing.
3. Memastikan kebersihan tandas guru dan murid.
4. Membuat tugasan seperti yang diarahkan Guru Besar dari semasa ke semasa.
F. LAPORAN
1. Mencatat laporan dalam buku tugasan mingguan yang telah disediakan.

